SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON

SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON
tinggal kenangan... kini bernama SMK YAM tuan Radin...

Isnin, 10 Januari 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Telah seminggu berada di ambang 2011. Semoga tahun baru ini para pelajar semua menanamkan azam untuk meningkatkan prestasi akademik dan kualiti sahsiah agar menjadi pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan diri, ibu bapa dan sekolah.

syukur ke hadrat Ilahi, 4 program telah berlangsung dengan jayanya iaitu :

1. Pendaftaran Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 pada 2 Januari 2011
2. Orientasi Asrama 2 Januari - 9 Januari 2011
3. Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 3 Januari - 7 Januari 2011
4. Orientasi Pelajar Tingkatan 4 3 Januari - 5 Januari 2011

Gambar akan menyusul kemudian.