SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON

SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON
tinggal kenangan... kini bernama SMK YAM tuan Radin...

Ahad, 23 Mei 2010

KEPADA SEMUA ANAK DIDIK SMK YAM TUAN RADIN,
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN...
SEMOGA KEJAYAAN SETIMPAL DENGAN USAHA YANG ANDA LAKUKAN...

Khamis, 20 Mei 2010

Sungai dalam laut...

Semoga ianya memperkukuhkan keimanan kita kepada Allah swt. Insya Allah. hmmm betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya...

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu
memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia
bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Kemudian dibacakan surat Al
Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau
mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Selasa, 4 Mei 2010

PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA

Tarikh Perlaksanaan.
Tarikh : 6 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi – 1.00 ptg
Tempat : Dewan Budiman

Pendahuluan.
Pelajar-pelajar yang datang dari latar belakang yang berbeza sudah tentu mempunyai wawasan serta matlamat kerjaya yang berlainan juga. Pelajar-pelajar hari ini adalah pewaris generasi akan datang. Perkembangan serta kemajuan teknologi memerlukan generasi masa kini yang sentiasa peka dan bersedia untuk menempuhnya dengan bijaksana. Jesteru itu generasi masa kini perlu diberi pendedahan serta bimbingan yang sesuai untuk memudahkan mereka memilih bidang kerjaya yang mantap dan tersusun rapi bagi menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran supaya mereka dapat memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan Negara.

Objektif.
• Memperkenalkan pekerjaan atau bidang yang berasaskan sains dan teknologi.
• Memberi maklumat kefahaman, kemahiran dan pengetahuan untuk membolehkan pelajar merancang kearah dunia kerjaya.
• Memberi kesedaran tentang kepentingan setiap aspek yang dipelajari dan diamalkan di sekitar atau persekitarannya terhadap dunia kerjaya.
• Memberi perkhidmatan pendidikan kerjaya yang cemerlang dan mesra kepada pelajar yang memerlukan perkhidmatan.

Matlamat.
• Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang menyambung pelajaran selepas alam persekolahan.
• Pelajar dapat memilih sendiri bidang yang mereka minati mengikut mata pelajaran yang mereka ambil di sekolah.
• Pelajar dapat memilih IPTA dan IPTS yang sesuai dan boleh memberi suasana yang kondusif untuk menyambung pelajaran.

Kumpulan sasaran.
Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin

KURSUS LANJUTAN PRS

ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK YAM Tuan Radin

DENGAN KERJASAMA

Majlis Guru Kaunseling, Daerah Port Dickson

SASARAN

30 pelajar yang telah menyertai Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat 1

Tarikh pelaksanaan

23 Jun hingga 24 Jun 2010

Jangkamasa program

2 hari 1 malam

Masa

8.00 pagi : 23 Jun 2010 (bertolak)

Hingga

5.30 petang : 24 Jun 2010 (dijangka sampai ke sekolah)

Tempat

SMA Training & Services,

No. 33 Kampung Gadong Jaya,

71900 Labu, Negeri Sembilan


PELAJAR YANG BERMINAT SILA DAFTAR NAMA DI BILIK KAUNSELING SMKYTR

Isnin, 3 Mei 2010

PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT

1. PENDAHULUAN

Pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan yang penting pada tahun ini iaitu SPM. Oleh itu, untuk tahun 2010 ini pihak pengurusan sekolah cuba meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam kedua-dua peperiksaan tersebut. Justeru itu, pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan senantiasa dipantau kemajuan prestasi akademik mereka sama ada oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Oleh itu, bagi merealisasikan misi dan visi sekolah dalam usaha memastikan kecemerlangan prestasi akademik para pelajarnya, pelbagai program telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan bagi menjayakan misi dan visi tersebut. Program Penetapan Matlamat ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang bagi memastikan para pelajar mempunyai dan menetapkan matlamat serta hala tuju mereka dalam bidang akademik.

Besarlah harapan agar dengan adanya program ini mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga terpuji sahsiahnya. Bersama kita merealisisasikan visi dan misi SMK Yam Tuan Radin.

2. OBJEKTIF

1. Untuk para pelajar mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik mereka.

2. Supaya para pelajar tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan.

3. Untuk memastikan para pelajar mempunyai visi dan misi yang selari dengan visi dan misi sekolah demi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

3. RASIONAL

Program Penetapan Matlamat ini perlu dilaksanakan di sekolah ini agar dapat memastikan para pelajar yang terlibat bersama-sama dengan pihak sekolah menggembleng tenaga dalam usaha memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka.

4. SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 5

5. JANGKAMASA

i. Tarikh pelaksanaan : 31 Mac dan 1 April 2010

ii. Jangkamasa program : 2 hari

iii. Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi

iv. Tempat : Bilik Muzik, SMK Yam Tuan Radin