LAPORAN PROGRAM
NAMA PROGRAM : KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT 1
PENGENALAN
Menurut Zuraidah (1987 ), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan orang lain.
Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sedia ada di sekolah belum mencukupi untuk menampung tuntutan khidmat yang makin bertambah. Untuk itu, penubuhan Unit PRS ini akan membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran pelajar berkongsi perasaan
Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, PRS dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif. Cabaran remaja yang semakin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat membantu pelajar membina perlakuan yang positif.
Pengaruh orang dewasa mula berkurangan kepada remaja berpunca daripada silang budaya dan corak prsekitaran yang banyak berubah. Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam hidup remaja untuk dijadikan panduan dan teladan. Selain itu, Pembimbing Rakan Sebaya dapat membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar.
PRS juga dapat membina budaya penyayang dan saling membantu dalam kalangan pelajar selain memupuk nilai diri yang peka, bertimbang rasa serta rela membantu orang lain dalam masyarakat majmuk di sekolah.
OBJEKTIF
1. Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk kawan mencurahkan isi hati
2. Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling menjalankan program-program yang bercorak pencegahan.
3. Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu
4. Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
5. Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan
6. Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan
7. Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.
8. Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
TARIKH
PELAKSANAAN
21 April 2010 (Rabu)
MASA
8.00 pagi – 1.30 petang
TEMPAT
Bilik SAL, SMK YAM Tuan Radin
PENYERTAAN
41 orang pelajar yang berminat menjadi PRS (Senarai nama peserta Rujuk Lampiran)
Fasilitator :
En. Samsudin bin Jiman (GPK Petang)
En. Bakri Mohd Noor b Kushairi
Pn. Norelah bt. Jali
PENDEKATAN/PENGISIAN
8.00 – 8.15pg Ice Breaking
Ketua PRS Dataran Iqra’
8.15 – 9.15pg Kenali Peranan PRS
Pn. Norelah Bt Jali
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL
9.15 – 10.15pg Kemahiran Asas Kaunseling
En Bakri Mohd Noor
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL
10.15 – 10.45pg Rehat
10.45 – 11.45pg Kemahiran Komunikasi & Pengucapan Awam
En. Samsudin bin Jiman
(GPK Petang) Bilik SAL
11.45 – 12.45tgh Ujian Personaliti & Mengenal Emosi
En Bakri Mohd Noor
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL
12.45 – 1.30ptg Penilaian dan Penutup
Pn. Norelah Bt Jali
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan