SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON

SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON
tinggal kenangan... kini bernama SMK YAM tuan Radin...

Isnin, 3 Mei 2010

PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT

1. PENDAHULUAN

Pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan yang penting pada tahun ini iaitu SPM. Oleh itu, untuk tahun 2010 ini pihak pengurusan sekolah cuba meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam kedua-dua peperiksaan tersebut. Justeru itu, pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan senantiasa dipantau kemajuan prestasi akademik mereka sama ada oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Oleh itu, bagi merealisasikan misi dan visi sekolah dalam usaha memastikan kecemerlangan prestasi akademik para pelajarnya, pelbagai program telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan bagi menjayakan misi dan visi tersebut. Program Penetapan Matlamat ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang bagi memastikan para pelajar mempunyai dan menetapkan matlamat serta hala tuju mereka dalam bidang akademik.

Besarlah harapan agar dengan adanya program ini mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga terpuji sahsiahnya. Bersama kita merealisisasikan visi dan misi SMK Yam Tuan Radin.

2. OBJEKTIF

1. Untuk para pelajar mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik mereka.

2. Supaya para pelajar tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan.

3. Untuk memastikan para pelajar mempunyai visi dan misi yang selari dengan visi dan misi sekolah demi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

3. RASIONAL

Program Penetapan Matlamat ini perlu dilaksanakan di sekolah ini agar dapat memastikan para pelajar yang terlibat bersama-sama dengan pihak sekolah menggembleng tenaga dalam usaha memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka.

4. SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 5

5. JANGKAMASA

i. Tarikh pelaksanaan : 31 Mac dan 1 April 2010

ii. Jangkamasa program : 2 hari

iii. Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi

iv. Tempat : Bilik Muzik, SMK Yam Tuan Radin

JASAMU DIKENANG

PN SITHTHIRA THEVI A/P IYAVOO... telah berkhidmat di sekolah ini yang dulunya dikenali sebagai SMK Lukut sejak 2006. Kini berkhidmat di SMK Bukit Mewah, Seremban bermula awal Januari yang lalu.
Banyak jasa beliau dalam menjalankan aktiviti-aktiviti B&K mahupun program sekolah. seorang yang sangat berdedikasi dan komited dengan tugas.
Kini impiannya untuk bertugas berhampiran keluarga tercapai demi memantau pendidikan anak-anak. Semoga sukses selalu... dan ingatlah kami di sini...

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


Sejarah Perkembangan

1. Mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986.

2. Seminar – Bengkel PRS peringkat kebangsaan diadakan pada 19-21 Januari 1987 di Institut Aminudin Baki (IAB) dan nama PEMBIMBING RAKAN SEBAYA telah diterima sebagai nama formal program ini.

Objektif Program PRS di Sekolah

1. Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2. Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan.

3. Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan.

4. Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.

5. Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.

Rasional Penubuhan PRS di Sekolah

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling belum mencukupi untuk menampung tuntutan

khidmat yang makin bertambah.

2. Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran pelajar berkongsi perasaan.

3. Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, mereka dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif.

4. Cabaran remaja makin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat membantu pelajar membina perlakuan yang positif.

5. Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja.Pengaruh rakan sebaya

6. Memainkan peranan penting dalam hidup mereka untuk dijadikan panduan dan teladan.

Matlamat PRS

1. Menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu di kalangan pelajar-pelajar.

3. Memupuk menjadi orang dewasa yang peka,bertimbang rasa dan rela menolong, yang hidup dalam satu masyarakat yang majmuk.

4. Pembina pelajar-pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Fungsi PRS

1. Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk kawan

mencurahkan .

2. Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling menjalankan program-program yang bercorak menghalang.

3. Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan

jika perlu.

Siapa PRS?

1. Sekolah rendah, kumpulan pelajar tahap 2 iaitu murid tahun 4 dan 5.

2. Bagi sekolah menengah, kumpulan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4.

3. Kumpulan pelajar ini dibahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat 1dan peringkat 2.

4. Peringkat 1 – fokus diberi kepada kumpulan ini dahulu iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar baik yang mempunyai kriteria berikut; baik pencapaian akademik,berminat,baik personaliti,baik sikap dan mempunyai latar belakang yang stabil.

Peringkat 2 – kumpulan yang memerlukan latihan yang lebih intensif yang mempunyai criteria berikut; pelajar-pelajar yang kerap menimbulkan masalah salahlaku di sekolah dan pelajar-pelajar yang menjadi pemimpin dalam kumpulan kecil secara tidak formal dan mempunyai pengaruh.

Bagaimana Memilih Ahli PRS

1. Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik.

2. Dipilih oleh Guru Besar atau guru-guru atau Guru Kaunseling sendiri.

3. Memilih pelajar yang telah dipilih melalui sosiometrik dan dipersetujui oleh Pengetua/Guru/Guru Kaunseling.Pelajar terpilih berminat dan rela menjadi PRS.

4. Melalui sukarela kerana berminat menjadi PRS dan rela memberi khidmat.

5. Melalui sosiometrik dipilih oleh rakan sendiri yang mereka rasa selesa untuk berbincang mengenai sebarang masalah.Berminat menjadi PRS.

Proses Pemilihan Ahli PRS

1. Terbuka

2. Ujian Personaliti/Minat

3. Temuduga

4. Pemerhatian

5. Pencalonan

6. Pilihan Khas

Proses Penubuhan PRS

1. Iklan/Makluman

2. Proses Pemilihan

3. Pengumpuan Data

4. Kursus/Latihan

5. Perancangan Aktiviti

6. Kursus Lanjutan Tahap

7. Pemantauan

8. Pemantapan

9. Perkembangan

10. Refleksi

Pendekatan Program PRS

1. Perkembangan kendiri: Memahami kekuatan diri dan bagaimana meningkatkan

serta mengurangkan kelemahan diri.

2. Mencegah: Lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Berupaya melihat

Sesuatu dengan rasional dan objektif.

3. Memulih: Melatih pelajar berisiko menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab.

Latihan Asas

PRS diberi latihan intensif oleh jurulatih sebelum sebagai PRS dalam 4 aspek:

1. Kesedaran kendiri

2. Asas komunikasi

3. Asas kaunseling

4. Isu remaja

Aspek Pertolongan

Tidak Formal

1. Menjadi kawan yang peka.

2. Mendengar dengan empati dan memberi respons yang menggalakkan.

3. Melihat masalah dengan lebih objektif.

4. Mencadang rujukan jika perlu.

5. Menjadi saluran mendapatkan maklumat.

Formal

Melalui projek seperti:

  1. Projek Tutor
  2. Projek Adik Angkat

3. Projek Orientasi

  1. Perbincangan Kumpulan
  2. Ketua sampingan dalam kaunseling kelompok
  3. Menjalankan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang bertujuan membantu rakan seperti mengendalikan ceramah,kempen dan sebagainya.

Etika PRS

1. Amanah dan menyimpan rahsia.

2. Memahami limitasi diri – memberi pertolongan jujur dengan memahami batasan diri.

3. Menerima rakan tanpa mengukur – menghormati hak rakan,berkongsi perasaan dan menerimanya tanpa prasangka.

4. Merujuk kes sukar kepada guru Bimbingan dan Kaunseling.

5. Melaporkan kepada guru Kaunseling jika terdapat kes-kes merosak diri atau orang lain.

6. Menghormati sekatan-sekatan agama,peraturan sekolah,norma-norma masyarakat dan kebudayaan.

Aktiviti PRS

Cadangan aktiviti/program yang boleh dijalankan oleh PRS.

1. Projek adik angkat.

2. Tutor sebaya.

3. Bimbingan kelompok.

4. Orientasi pelajar baru.

5. Penyebaran maklumat.

6. 5 minit anti dadah.

7. Pengumpulan data dan maklumat.

8. Usrah.

9. Mengendalikan majlis-majlis di sekolah.

10. Pertandingan kerjaya.

11. Mengendalikan latihan/kursus untuk ahli.

12. Penerbitan majalah/bulletin/risalah.

13. Menjalankan kajian.

BENGKEL KEPIMPINAN KOKURIKULUM

14 April 2010 (Rabu)
8.00 pg – 4.30 ptg
Dewan Budiman SMK Yam Tuan Radin

ANJURAN
Unit Kokurikulum
KELOLAAN
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

PENDAHULUAN
Para pelajar hari ini khususnya pemimpin haruslah mempunyai kebolehan dan kemampuan diri untuk menggabung dan menggunakan keseluruhan potensi yang dianugerahkan Allah secara menyeluruh dan bersepadu ke jalan yang diredai Allah. Para pelajar harus mampu memperimbang dan mempergiatkan pelbagai kecerdasan yang ada pada diri mereka ke arah penjanaan minda yang kritis dan kreatif untuk kesejahteraan dan keharmonian kehidupan individu dan masyarakat umum sepanjang hayat.

Kajian menunjukkan 90% kejayaan seseorang dipengaruhi faktor sikap sementara usaha individu menyumbang sebanyak 10%. Sikap negatif seperti sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh, mudah putus asa, suka bertangguh, malu bertanya, rendah diri turut menyumbang ke arah kegagalan seseorang dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Hanya rajin menghadiri Seminar, Kursus Motivasi, Program Kepimpinan, Bengkel Pengurusan diri dan sebagainya sekiranya tidak diiringi sikap yang positif para pelajar tidak akan berjaya.





Setiap individu boleh mengubah dunia tetapi untuk mengubah diri anda sangat sukar. Perubahan diri menjadi mudah sekiranya diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan azam yang tinggi. Menurut Datuk Maznah Hamid kunci penghidupan yang lebih baik terletak pada imej diri seseorang. Maka untuk itu, kita haruslah berusaha membina imej diri yang sihat dan menyakinkan.

Untuk membina imej para pelajar sebagai pemimpin unit kokurikulum yang berkaliber, unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Yam Tuan Radin mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Kepimpinan Unit Kokurikulum bagi melahirkan individu yang positif mindanya, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan dapat menggerakkan unit masing-masing tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada guru-guru penasihat semata-mata.



OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar sebagai seorang pemimpin yang baik.
2. Menambah kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sebagai seorang pemimpin kelab, persatuan dan unit beruniform.

3. Menjana jati diri pelajar ke arah pembentukan sahsiah yang positif.
4. Membentuk sikap sebagai seorang pelajar yang cemerlang.
5. Berinisiatif dalam membuat keputusan
6. Berfikiran terbuka dan Mencari jalan alternatif
7. Mempunyai kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis
8. Inisiatif membuat keputusan



PENGISIAN
1. Panduan Pengurusan Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform.
2. Membina kecemerlangan diri dan organisasi.
3. Panduan menulis minit mesyuarat, laporan perjumpaan organisasi.
4. Komunikasi dalam organisasi.
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti organisasi.
6. Membina Laman Web.



Disediakan oleh,

(NORELAH BT JALI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Yam Tuan Radin

KURSUS PRS PERINGKAT 1

LAPORAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT 1

PENGENALAN

Menurut Zuraidah (1987 ), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan orang lain.

Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sedia ada di sekolah belum mencukupi untuk menampung tuntutan khidmat yang makin bertambah. Untuk itu, penubuhan Unit PRS ini akan membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran pelajar berkongsi perasaan

Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, PRS dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif. Cabaran remaja yang semakin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat membantu pelajar membina perlakuan yang positif.

Pengaruh orang dewasa mula berkurangan kepada remaja berpunca daripada silang budaya dan corak prsekitaran yang banyak berubah. Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam hidup remaja untuk dijadikan panduan dan teladan. Selain itu, Pembimbing Rakan Sebaya dapat membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar.

PRS juga dapat membina budaya penyayang dan saling membantu dalam kalangan pelajar selain memupuk nilai diri yang peka, bertimbang rasa serta rela membantu orang lain dalam masyarakat majmuk di sekolah.

OBJEKTIF
1. Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk kawan mencurahkan isi hati
2. Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling menjalankan program-program yang bercorak pencegahan.
3. Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu
4. Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
5. Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan
6. Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan
7. Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.
8. Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.

TARIKH
PELAKSANAAN
21 April 2010 (Rabu)

MASA
8.00 pagi – 1.30 petang

TEMPAT
Bilik SAL, SMK YAM Tuan Radin

PENYERTAAN
41 orang pelajar yang berminat menjadi PRS (Senarai nama peserta Rujuk Lampiran)

Fasilitator :
En. Samsudin bin Jiman (GPK Petang)
En. Bakri Mohd Noor b Kushairi
Pn. Norelah bt. Jali

PENDEKATAN/PENGISIAN
8.00 – 8.15pg Ice Breaking
Ketua PRS Dataran Iqra’
8.15 – 9.15pg Kenali Peranan PRS
Pn. Norelah Bt Jali
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL
9.15 – 10.15pg Kemahiran Asas Kaunseling
En Bakri Mohd Noor
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL
10.15 – 10.45pg Rehat
10.45 – 11.45pg Kemahiran Komunikasi & Pengucapan Awam
En. Samsudin bin Jiman
(GPK Petang) Bilik SAL
11.45 – 12.45tgh Ujian Personaliti & Mengenal Emosi
En Bakri Mohd Noor
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL
12.45 – 1.30ptg Penilaian dan Penutup
Pn. Norelah Bt Jali
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bilik SAL