SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON
tinggal kenangan... kini bernama SMK YAM tuan Radin...
Isnin, 10 Mei 2010
Selasa, 4 Mei 2010
PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA

Tarikh : 6 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi – 1.00 ptg
Tempat : Dewan Budiman
Pendahuluan.
Pelajar-pelajar yang datang dari latar belakan
g yang berbeza sudah
tentu mempunyai wawasan serta 
matlamat kerjaya yang berlainan juga. Pelajar-pelajar hari ini adalah pewaris generasi akan datang. Perkembangan serta kemajuan teknologi memerlukan generasi masa kini yang sentiasa peka dan bersedia untuk menempuhnya dengan bijaksana.
Jesteru itu generasi masa kini perlu diberi pendedahan serta bimbingan yang sesuai untuk memudahkan mereka memilih bidang kerjaya yang mantap dan tersusun rapi bagi menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran supaya mereka dapat memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan Negara. 


Objektif.
• Memperkenalkan pekerjaan atau bidang yang berasaskan sains dan teknologi.
• Memberi maklumat kefahaman, kemahiran dan pengetahuan untuk membolehkan pelajar merancang kearah dunia kerjaya.

• Memberi kesedaran tentang kepentingan setiap aspek yang dipelajari dan diamalkan di sekitar atau persekitarannya terhadap dunia kerjaya.
• Memberi perkhidmatan pendidikan kerjaya yang cemerlang dan mesra kepada pelajar yang memerlukan perkhidmatan.

Matlamat.

• Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang menyambung pelajaran selepas alam persekolahan.
• Pelajar dapat memilih sendiri bidang yang mereka minati mengikut mata pelajaran yang mereka ambil di sekolah.
• Pelajar dapat memilih IPTA dan IPTS yang sesuai dan boleh
memberi suasana yang kondusif untuk menyambung pelajaran.Kumpulan sasaran.
Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5
Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tu
an Radin
KURSUS LANJUTAN PRS
ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK YAM Tuan Radin
DENGAN KERJASAMA
Majlis Guru Kaunseling, Daerah Port Dickson
SASARAN
30 pelajar yang telah menyertai Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat 1
Tarikh pelaksanaan
23 Jun hingga 24 Jun 2010
Jangkamasa program
2 hari 1 malam
Masa
8.00 pagi : 23 Jun 2010 (bertolak)
Hingga
5.30 petang : 24 Jun 2010 (dijangka sampai ke sekolah)
Tempat
SMA Training & Services,
No. 33 Kampung Gadong Jaya,
71900 Labu, Negeri Sembilan
PELAJAR YANG BERMINAT SILA DAFTAR NAMA DI BILIK KAUNSELING SMKYTR
Isnin, 3 Mei 2010
PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT
1. PENDAHULUAN
Pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan yang penting pada tahun
ini iaitu SPM. Oleh itu, untuk tahun 2010 ini pihak pengurusan sekolah cuba meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam kedua-dua peperiksaan tersebut. Justeru itu, pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan senantiasa dipantau kemajuan prestasi akademik mereka sama ada oleh pihak sekolah, Pejabat Pelaj
aran Daerah Port Dickson dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Oleh itu, bagi merealisasikan misi dan visi sekolah dalam usaha memastikan kecemerlangan prestasi akademik para pelajarnya, pelbagai program telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan bagi menjayakan misi dan visi tersebut. Program Penetapan Matlamat ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang bagi memastikan para pelajar mempunyai dan menetapkan matlamat serta hala tuju mereka dalam bidang akademik.
Besarlah harapan agar dengan adanya program ini mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga terpuji sahsiahnya. Bersama kita merealisisasikan visi dan misi SMK Yam Tuan Radin.
1. Untuk para pelajar mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik mereka.
2. Supaya para pelajar tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan.
3. Untuk memastikan para pelajar
mempunyai visi da
n misi yang selari dengan visi dan misi sekolah demi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
3. RASIONAL
Program Penetapan Matlamat ini perlu dilaksanakan di sekolah ini agar dapat memastikan para pelajar yang terlibat bersama-sama dengan pihak sekolah menggembleng tenaga dalam usaha memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka.
4. SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 5
5. JANGKAMASA
i. Tarikh pelaksanaan : 31 Mac dan 1 April 2010
ii. Jangkamasa program : 2 hari
iii. Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi
iv. Tempat : Bilik Muzik, SMK Yam Tuan Radin
JASAMU DIKENANG
PN SITHTHIRA THEVI A/P IYAVOO... telah berkhidmat di sekolah ini yang dulunya dikenali sebagai SMK Lukut sejak 2006. Kini berkhidmat di SMK Bukit Mewah, Seremban bermula awal Januari yang lalu.


Banyak jasa beliau dalam menjalankan aktiviti-aktiviti B&K mahupun program sekolah. seorang yang sangat berdedikasi dan komited dengan tugas.
Kini impiannya untuk bertugas berhampiran keluarga tercapai demi memantau pendidikan anak-anak. Semoga sukses selalu... dan ingatlah kami di sini...


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Sejarah Perkembangan
1. Mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986.
2. Seminar – Bengkel PRS peringkat kebangsaan diadakan pada 19-21 Januari 1987 di Institut Aminudin Baki (IAB) dan nama PEMBIMBING RAKAN SEBAYA telah diterima sebagai nama formal program ini.
Objektif Program PRS di Sekolah
1. Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
2. Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan.
3. Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan.
4. Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.
5. Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
Rasional Penubuhan PRS di Sekolah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling belum mencukupi untuk menampung tuntutan
khidmat yang makin bertambah.
2. Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran pelajar berkongsi perasaan.
3. Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, mereka dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif.
4. Cabaran remaja makin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat membantu pelajar membina perlakuan yang positif.
5. Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja.Pengaruh rakan sebaya
6. Memainkan peranan penting dalam hidup mereka untuk dijadikan panduan dan teladan.
Matlamat PRS
1. Menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu di kalangan pelajar-pelajar.
3. Memupuk menjadi orang dewasa yang peka,bertimbang rasa dan rela menolong, yang hidup dalam satu masyarakat yang majmuk.
4. Pembina pelajar-pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Fungsi PRS
1. Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk kawan
mencurahkan .
2. Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling menjalankan program-program yang bercorak menghalang.
3. Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan
jika perlu.
Siapa PRS?
1. Sekolah rendah, kumpulan pelajar tahap 2 iaitu murid tahun 4 dan 5.
2. Bagi sekolah menengah, kumpulan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4.
3. Kumpulan pelajar ini dibahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat 1dan peringkat 2.
4. Peringkat 1 – fokus diberi kepada kumpulan ini dahulu iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar baik yang mempunyai kriteria berikut; baik pencapaian akademik,berminat,baik personaliti,baik sikap dan mempunyai latar belakang yang stabil.
Peringkat 2 – kumpulan yang memerlukan latihan yang lebih intensif yang mempunyai criteria berikut; pelajar-pelajar yang kerap menimbulkan masalah salahlaku di sekolah dan pelajar-pelajar yang menjadi pemimpin dalam kumpulan kecil secara tidak formal dan mempunyai pengaruh.
Bagaimana Memilih Ahli PRS
1. Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik.
2. Dipilih oleh Guru Besar atau guru-guru atau Guru Kaunseling sendiri.
3. Memilih pelajar yang telah dipilih melalui sosiometrik dan dipersetujui oleh Pengetua/Guru/Guru Kaunseling.Pelajar terpilih berminat dan rela menjadi PRS.
4. Melalui sukarela kerana berminat menjadi PRS dan rela memberi khidmat.
5. Melalui sosiometrik dipilih oleh rakan sendiri yang mereka rasa selesa untuk berbincang mengenai sebarang masalah.Berminat menjadi PRS.
Proses Pemilihan Ahli PRS
1. Terbuka
2. Ujian Personaliti/Minat
3. Temuduga
4. Pemerhatian
5. Pencalonan
6. Pilihan Khas
Proses Penubuhan PRS
1. Iklan/Makluman
2. Proses Pemilihan
3. Pengumpuan Data
4. Kursus/Latihan
5. Perancangan Aktiviti
6. Kursus Lanjutan Tahap
7. Pemantauan
8. Pemantapan
9. Perkembangan
10. Refleksi
Pendekatan Program PRS
1. Perkembangan kendiri: Memahami kekuatan diri dan bagaimana meningkatkan
serta mengurangkan kelemahan diri.
2. Mencegah: Lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Berupaya melihat
Sesuatu dengan rasional dan objektif.
3. Memulih: Melatih pelajar berisiko menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab.
Latihan Asas
PRS diberi latihan intensif oleh jurulatih sebelum sebagai PRS dalam 4 aspek:
1. Kesedaran kendiri
2. Asas komunikasi
3. Asas kaunseling
4. Isu remaja
Aspek Pertolongan
Tidak Formal
1. Menjadi kawan yang peka.
2. Mendengar dengan empati dan memberi respons yang menggalakkan.
3. Melihat masalah dengan lebih objektif.
4. Mencadang rujukan jika perlu.
5. Menjadi saluran mendapatkan maklumat.
Formal
Melalui projek seperti:
- Projek Tutor
- Projek Adik Angkat
3. Projek Orientasi
- Perbincangan Kumpulan
- Ketua sampingan dalam kaunseling kelompok
- Menjalankan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang bertujuan membantu rakan seperti mengendalikan ceramah,kempen dan sebagainya.
Etika PRS
1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Memahami limitasi diri – memberi pertolongan jujur dengan memahami batasan diri.
3. Menerima rakan tanpa mengukur – menghormati hak rakan,berkongsi perasaan dan menerimanya tanpa prasangka.
4. Merujuk kes sukar kepada guru Bimbingan dan Kaunseling.
5. Melaporkan kepada guru Kaunseling jika terdapat kes-kes merosak diri atau orang lain.
6. Menghormati sekatan-sekatan agama,peraturan sekolah,norma-norma masyarakat dan kebudayaan.
Aktiviti PRS
Cadangan aktiviti/program yang boleh dijalankan oleh PRS.
1. Projek adik angkat.
2. Tutor sebaya.
3. Bimbingan kelompok.
4. Orientasi pelajar baru.
5. Penyebaran maklumat.
6. 5 minit anti dadah.
7. Pengumpulan data dan maklumat.
8. Usrah.
9. Mengendalikan majlis-majlis di sekolah.
10. Pertandingan kerjaya.
11. Mengendalikan latihan/kursus untuk ahli.
12. Penerbitan majalah/bulletin/risalah.
13. Menjalankan kajian.
