SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON

SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON
tinggal kenangan... kini bernama SMK YAM tuan Radin...

Isnin, 3 Mei 2010

BENGKEL KEPIMPINAN KOKURIKULUM

14 April 2010 (Rabu)
8.00 pg – 4.30 ptg
Dewan Budiman SMK Yam Tuan Radin

ANJURAN
Unit Kokurikulum
KELOLAAN
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

PENDAHULUAN
Para pelajar hari ini khususnya pemimpin haruslah mempunyai kebolehan dan kemampuan diri untuk menggabung dan menggunakan keseluruhan potensi yang dianugerahkan Allah secara menyeluruh dan bersepadu ke jalan yang diredai Allah. Para pelajar harus mampu memperimbang dan mempergiatkan pelbagai kecerdasan yang ada pada diri mereka ke arah penjanaan minda yang kritis dan kreatif untuk kesejahteraan dan keharmonian kehidupan individu dan masyarakat umum sepanjang hayat.

Kajian menunjukkan 90% kejayaan seseorang dipengaruhi faktor sikap sementara usaha individu menyumbang sebanyak 10%. Sikap negatif seperti sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh, mudah putus asa, suka bertangguh, malu bertanya, rendah diri turut menyumbang ke arah kegagalan seseorang dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Hanya rajin menghadiri Seminar, Kursus Motivasi, Program Kepimpinan, Bengkel Pengurusan diri dan sebagainya sekiranya tidak diiringi sikap yang positif para pelajar tidak akan berjaya.





Setiap individu boleh mengubah dunia tetapi untuk mengubah diri anda sangat sukar. Perubahan diri menjadi mudah sekiranya diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan azam yang tinggi. Menurut Datuk Maznah Hamid kunci penghidupan yang lebih baik terletak pada imej diri seseorang. Maka untuk itu, kita haruslah berusaha membina imej diri yang sihat dan menyakinkan.

Untuk membina imej para pelajar sebagai pemimpin unit kokurikulum yang berkaliber, unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Yam Tuan Radin mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Kepimpinan Unit Kokurikulum bagi melahirkan individu yang positif mindanya, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan dapat menggerakkan unit masing-masing tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada guru-guru penasihat semata-mata.



OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar sebagai seorang pemimpin yang baik.
2. Menambah kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sebagai seorang pemimpin kelab, persatuan dan unit beruniform.

3. Menjana jati diri pelajar ke arah pembentukan sahsiah yang positif.
4. Membentuk sikap sebagai seorang pelajar yang cemerlang.
5. Berinisiatif dalam membuat keputusan
6. Berfikiran terbuka dan Mencari jalan alternatif
7. Mempunyai kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis
8. Inisiatif membuat keputusan



PENGISIAN
1. Panduan Pengurusan Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform.
2. Membina kecemerlangan diri dan organisasi.
3. Panduan menulis minit mesyuarat, laporan perjumpaan organisasi.
4. Komunikasi dalam organisasi.
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti organisasi.
6. Membina Laman Web.



Disediakan oleh,

(NORELAH BT JALI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Yam Tuan Radin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan