SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON

SMK YAM TUAN RADIN, PORT DICKSON
tinggal kenangan... kini bernama SMK YAM tuan Radin...

Isnin, 3 Mei 2010

PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT

1. PENDAHULUAN

Pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan yang penting pada tahun ini iaitu SPM. Oleh itu, untuk tahun 2010 ini pihak pengurusan sekolah cuba meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam kedua-dua peperiksaan tersebut. Justeru itu, pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan senantiasa dipantau kemajuan prestasi akademik mereka sama ada oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Oleh itu, bagi merealisasikan misi dan visi sekolah dalam usaha memastikan kecemerlangan prestasi akademik para pelajarnya, pelbagai program telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan bagi menjayakan misi dan visi tersebut. Program Penetapan Matlamat ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang bagi memastikan para pelajar mempunyai dan menetapkan matlamat serta hala tuju mereka dalam bidang akademik.

Besarlah harapan agar dengan adanya program ini mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga terpuji sahsiahnya. Bersama kita merealisisasikan visi dan misi SMK Yam Tuan Radin.

2. OBJEKTIF

1. Untuk para pelajar mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik mereka.

2. Supaya para pelajar tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan.

3. Untuk memastikan para pelajar mempunyai visi dan misi yang selari dengan visi dan misi sekolah demi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

3. RASIONAL

Program Penetapan Matlamat ini perlu dilaksanakan di sekolah ini agar dapat memastikan para pelajar yang terlibat bersama-sama dengan pihak sekolah menggembleng tenaga dalam usaha memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka.

4. SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 5

5. JANGKAMASA

i. Tarikh pelaksanaan : 31 Mac dan 1 April 2010

ii. Jangkamasa program : 2 hari

iii. Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi

iv. Tempat : Bilik Muzik, SMK Yam Tuan Radin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan